
PAHANG DAILY ONLINE Sunday, March 8, 2009
BERA - Tamparan hebat sekali lagi buat UMNO Bera dan Pahang khasnya, bila bekas ADUN Guai (2004-2008) Tuan Hj.Hamzah Ibrahim (foto, sebelah kanan) dilaporkan sah kini menyertai Parti Keadilan Rakyat. Menurut sumber daripada Ibu Pejabat PKR, borang penyertaan keahliannya telah dihantar pada minggu lepas, dan dalam mesyuarat bahagian jam 11.00 pagi tadi perkara itu telah dimaklumkan. Sebelum ini kami telah melaporkan tentang kehadiran di program ceramah PKR anjuran PKR Cawangan Felda Triang 3, Bera pada 21 Februari 2009 yang lalu. Dalam majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Pengerusi Perhubungan PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman beliau tidak menafikan spekulasi untuk menyertai Pakatan Rakyat. Maka dengan ini kekuatan PKR Bahagian Bera kini semakin bertambah dan kukuh. Satu sidang media berkenaan perkara ini telah diadakan siang tadi. Keputusan yang dibuat oleh Tuan Hj.Hamzah sememangnya sudah dijangka dan dinanti-nantikan oleh rakyat di kawasan Bera. Untuk makluman, Parlimen Bera diwakili oleh Menteri Belia Dan Sukan iaitu Dato' Ismail Sabri Yaakob. Dengan penyertaan beliau ini diharap akan dapat memberi harapan lagi kepada lebih ramai bekas pemimpin UMNO Pahang yang bakal menyertai Pakatan Rakyat dalam masa terdekat ini.
No comments:
Post a Comment